I miss Pangkor Island

Semasa cuti midsem yang lepas(dlm bulan 4 2017), sis berpeluang travel ke Pulau Pangkor💖.. sis pergi travel nie pon secara tidak dirancang.. time tu sis ada dapat tugasan(projek kumpulan) dan tugasan tu adalah kena interview sebuah syarikat di Ipoh, Perak.. Alang2 dah ke Ipoh, sis pon pergilah travel ke pulau pangkor sekali..sambil menyelam sambil minum air gitu😂..lagipon hometown kawan sis (hanis) adalah dalam pulau pangkor..so dapatlah jimatkan sikit kos kat sana sebab ada kawan yg memang org pulau😏..
Nak dijadikan cerita,sis pergi sana secara backpacker sahaja😮.. sis gerak dari batu pahat(johor) ke Ipoh dari awal pagi dengan menaiki bas..harga tiket bas time tu klau x salah RM50+(x ingat actual amount)..sampai ipoh dlm pukul 6 ptg gitu..lepas itu, kawan sis, hanis amik sis kat terminal bas Ipoh sebab dia ada kereta..malam tu kami bermalam di hotel dekat Meru sebab esoknya kami perlu gerak awal ke syarikat yang perlu kami temubual tu..p/s kami memang berdua je sepanjang di Perak nie..sis ingat lagi nama hotel tu Valya hotel..harga hotel ni standard la jugak..satu malam je rm98(double bed) + deposit rm100(deposit akan dipulangkan semula)..walaupun mahal tapi berbaloi la jugak sebab selesa dan best sangat bilik dia plus wifi lagi😇..lepas je check in kami terus je keluar ke Mydin (bersebelahan hotel Valya) utk makan malam..
(keadaan bilik di hotel Valya)

Esoknya kami gerak awal pagi(naik kereta hanis) utk cari syarikat yg perlu kami temubual tu..lama la jugak kami nak jumpa sykt tu sebab sesat😓..first time kan jejak kaki kat sana..lepas pusing2 byk kali barulah jumpa sykt tu..lepas selesai tugas kami, tempat yg kami tuju adalah Aeon Klebang Ipoh😗..x jauh dari sykt tu,dlm 30 minit gitu dh sampai..kami jalan2 dalam tu dan makan tengahari sekali..lepas Zuhur, kami pon gerak ke pulau pangkor..jauh la jugak dari Ipoh nak ke pulau pangkor nie dalam 3 jam+ baru sampai😫..
(ni Puan Aminah yg kami temubual tu)
ni kat dlm aeon..
apa hanis buat tu😆
pegang je, x beli pon😂
nak posing jugak😎
second time naik feri(first time masa pergi Langkawi dulu time sekolah😍)
kat belakang tu adalah jeti sebuah kampung kat Pangkor(x ingat nama kg)

Lepas smpai di jeti Lumut, hanis pon parking kereta dia dan kami pon naik feri ke pulau pangkor..harga feri masa tu dlm rm9+(untuk pelancong)..sampai je sana sis singgah kejap rumah hanis dan dapatlah berkenalan dengan family hanis..nice sangat family dia😄..semua layan sis dengan baik..lepas tu kami gerak ke homestay pakcik hanis(ayah hanis carikan) untuk menginap sepanjang sis berada di sana..oleh kerana hanis xnak biarkan sis sorg2 kat homestay tu😜,hanis pon temankan sis sepanjang sis berada di pangkor..bila dah nampak laut dan pantai di depan mata, rasa nyaman sangat..hilang dah semua stress yg ada kat dlm kepala nie..rasa xnak balik pon ada..sis berada di pangkor ni dalam 3 hari gitu..sepanjang 3 hari ini, hanis telah bawa sis berjalan2 di pangkor, pusing2 pulau, lawat tempat proses ikan kering dan terutama sekali mandi pantai😆..
jumpa pantai mestilah bergambar..😝




pandang ape tu?😁
(ni kat kota belanda..dekat dengan rumah Hanis)

lepas bersuka ria di pangkor,kenalah jugak balik ke bangi untuk menjalani hidup sebagai pelajar😐..sis harap dapat pergi Pangkor lagi dengan kawan2 semua sebelum habis belajar nie..sebab nanti klau dah kerja mesti lagi busy kan...😞

Comments

Popular posts from this blog

KTM Journey

lirik lagu ost secret garden

Flashback: first year di UKM