KTM Journey



Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Hari ini sis kembali 'berblogger' sebab ada masa lapang sikit sekarang ni.. Maklumlah bila dah masuk akhir2 sem ni asyik busy je dengan tuntutan sebagai seorang pelajar.. Assignment pon masih berlambak tunggu giliran untuk disiapkan😭.. bertabahlah bagi semua yang senasib dengan sis😷..

Ok hari ini sis nak cerita pengalaman sis sepanjang 2 tahun lebih duduk kat selangor ni.. sis nak cerita tentang tempat2 yang selalu sis pergi kalau nak larikan diri dari kesibukan sebagai pelajar.. senang cakap nak release stress or berjalan or tengok wayang..

Oleh sebab UKM ni dekat dengan KTM, banyaklah jugak tempat yang boleh dilawati.. Kebanyakkan tempat yg sis pergi ni naik KTM or LRT sahaja.. masa first time naik ktm, impressive la jugak sebab ukm ada dia punya stesen ukm sendiri..wow😮hahaha..

Antara tempat yg sis selalu pergi:

  1. Nu Sentral
Nu sentral ini terletak di KL Sentral..kalau naik ktm, kena turun kat KL sentral.. KL sentral ini adalah tempat hubungan semua jenis transport.. kat sini boleh buat pertukaran ke lrt line dan ets..perkhidmatan bas pon ada kat sini(tapi sis xtau kat belah mana).. biasanya org akan turun kl sentral untuk tukar line ktm or nak naik lrt pulak.. dari ukm ke kl sentral, sis anggarkan dalam 45 minit gitu baru sampai (naik ktm).. kat bahagian atas kl sentral adalah nu sentral.. nu sentral ni adalah tempat beli belah aka shopping mall..kat sini ada wayang.. biasanya kalau sis nak tengok wayang selalu pergi sini😎.. selain itu ade la jugak kedai baju2 branded seperti brands outlet dll, kedai makan hipster, ada dubuyo, sakae sushi dll.. hah lagi satu yang terpenting ada MPH!!!! sis suka masuk MPH dia sebab besar sangat..lepastu suka duduk lama2 dalam tu.. sis suka singgah kedai buku kalau pergi mall, sebab tu kalau pergi sini mesti singgah MPH😏..hehe
dubuyo..first time cuba makanan korea..
MPH!!


2. The Mines
the mines ni terletak kat serdang..kalau naik ktm dari ukm, selang 2 stesen je dah sampai.. tapi nanti kalau dah keluar dari ktm serdang tu, kena jalan sikit (xde lah sikit sangat) untuk ke the mines..untuk yg first baru nak pergi sini, sis suggest untuk rajin tanya org.. sebab nanti takut sesat pulak😂.. The mines ni adalah shopping mall jugak..tapi yang istimewanya mall dia ni adalah river cruise di dalam mall tu sendiri.. konsep dia ala ala venice gitu haha..kalau naik river cruise dia, nanti dia bawak pusing2 tasik sekitar the mines ni..selain itu, dalam mall dia biasalah ade kedai makan, wayang, kedai baju dll..
sebelah tu adalah river yg sis cerita..

3. Midvalley
midvalley ini adalah satu stesen sebelum ke kl sentral (dari ukm).. mall dia besar dan barang2 dia pon semuanya branded2 punya😗..sis pernah datang sini untuk jejalan je..mmg x mampulah kan kalau nak beli haha..kat bahagian atas sekali(x ingat bahagian utara @ selatan) ada wayang.. biasanya student datang sini tengok wayang jelah hahaha..kalau nak jejalan kat dalam sini, sis syorkan anda semua kena ada stamina😅..sebabnya mall dia sangat sangat lah luas dan panjang.. mall dia terbahagi kepada 3 bahagian, ada utara, centre dan selatan..kalau berjalan dari utara hingga ke selatan mmg penat..lepas tu tambah lagi next floor dari utara sampai selatan..hahaha bayangkan jelah betapa penatnya..tapi bagi yang dah biasa berjalan tu takde masalah lah..😂

4. KLCC
cara nak ke klcc ni kena tukar laluan ktm ke lrt..first dari ktm ukm kena turun di kl sentral..lepas tu amik lrt laluan kelana jaya dan turun di KLCC..jauh la jugak perjalanan nak ke klcc ni..ada lagi satu cara ialah naik mrt kajang, then turun di pasar seni..then dari pasar seni naik lrt pulak ke klcc..
sis pergi sini time waktu malam..mmg cantik pemandangan waktu malam dia dengan cahaya lampu klcc tu😍..and don't worry, malam2 nie ramai je tourist kat sini..so xdelah sorang2 dan sunyi..
masa ni ada pertunjukan air..siap keluar lagu2 lagi dan air pancut tu menari ikut lagu😂 
MRT kajang
 

(p/s : semua gambar diambil oleh sis n kawan2..)

5. Jalan TAR
ramai yang pergi jalan tar ini kalau ada sebarang perayaan..sebab meriah dengan pasar yang besar, banyak barang yang boleh didapati(lagi2 baju) dengan harga yang murah je😜.. ok cara nak ke sini pula ialah sama dengan nak ke KLCC.. cumenya dari kl sentral tu nanti kena turun di Masjid Jamek..kalau x salah 3 stesen je dari kl sentral..

6. Pasar Seni
Pasar seni adalah tempat tumpuan pelancong.. sebab kat sini ada jual macam souvenir yang menarik..
biasanya pelancong akan singgah sini untuk cari souvenir untuk dibawa balik nanti💖.. cara nak ke sini pula ialah dari kl sentral ambil lrt ke pasar seni.. dan baru2 ini ada mrt kajang, so kalau naik ini bolehlah terus turun di pasar seni.

7. TBS
Akhir sekali adalah TBS😆..hahaha TBS ini adalah tempat wajib yang kena pergi kalau nak balik johor..sebab apa? sebab semua bas ke semua destinasi ada di jual disini..kalau sis nak balik rumah, sis akan naik ktm dari ukm dan akan turun di stesen Bandar tasik Selatan (3 stesen dari ukm)..TBS adalah tempat berkumpulnya semua bas untuk kesemua destinasi.. kiranya tbs ini adalah centre untuk bas..
stesen ukm
nampak muka penat kat situ hahaha

Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Selangor yang sis belum pergi lagi..sebab kebanyakkan tempat yg sis pergi ialah tempat yang boleh ditujui dengan menaiki ktm sahaja(jimat kos)..dan kebanyakannya adalah shopping mall hahaha😂..

Comments

Popular posts from this blog

lirik lagu ost secret garden

Flashback: first year di UKM